Di Sebalik Isu Penswastaan, MAS Catat Untung Operasi RM8 Juta Pada Suku Kedua

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM8 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2013, berbanding kerugian operasi sebanyak RM102 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bagi suku kedua, syarikat penerbangan nasional itu berjaya menurunkan kerugian bersih sebanyak 50 peratus kepada RM176 juta berbanding RM349 juta tahun lepas.

MAS dalam satu kenyataan menyatakan, keputusan yang lebih baik itu diperolehi hasil pertumbuhan perolehan yang kukuh dan tumpuannya ke atas produktiviti dan kawalan kos.

Syarikat penerbangan itu mengangkut 4.2 juta penumpang pada suku itu, peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding 3.3 juta penumpang pada suku yang sama tahun lepas manakala perolehan kumpulan adalah sebanyak RM3.7 bilion.

MAS berkata, perbelanjaan kumpulan itu sebanyak RM3.8 bilion, dengan komponen utama membabitkan kos bahan api jet (37 peratus), diikuti kos pengendalian dan pendaratan selain susut nilai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu membuat kemajuan yang baik dalam mengurangkan kerugian menerusi pelbagai inisiatif bagi memacu pendapatan, kos mengurus dan meningkatkan produktiviti.

"Kami berada pada kedudukan yang baik dalam melaksanakan pelan perniagaan untuk memulihkan kumpulan kami dan mencatat keuntungan mampan menjelang akhir 2014.

"Menerusi lebih banyak pesawat baharu, kami dapat membawa secara purata lebih 10,000 penumpang setiap hari. Kami sedang memperluaskan rangkaian, meningkatkan kekerapan dan semakin memperoleh penguasaan pasaran," katanya lagi.

Untuk masa hadapan, Ahmad Jauhari mengunjurkan tempoh berbaki 2013 sebagai menggalakkan dan ketibaan pesawat baharu sehingga akhir tahun akan meningkatkan lagi usia pesawat dan penawaran produk secara purata.

Sehingga akhir Jun, MAS mempunyai 146 pesawat dalam kumpulannya dan menjangkakan penerimaan lebih banyak pesawat baharu (6 buah pesawat B738, 2 buah pesawat A333 dan 3 buah pesawat ATR72-600) pada separuh kedua tahun ini yang akan menurunkan purata usia pesawat kumpulan kepada 5.4 tahun menjelang akhir tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan