Rektor Baharu Untuk Kuin - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal menerima rektor baharu yang lebih berpengalaman, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang rektor.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata satu temuduga telah berlangsung baru-baru ini melibatkan tujuh orang calon yang dikendalikan tokoh-tokoh akademik ternama yang dilantik dalam satu jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik termasuk exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain) dan Datuk Azimi Daim (Setiausaha Politik) yang mewakili Pejabat Menteri Besar.

"Yang lain ialah tokoh-tokoh akademik yang dicadangkan Kementerian Pendidikan. Dalam masa terdekat akan dapat rektor baru yang sangat berkaliber sebab semua calon-calonnya adalah hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.

Perjumpaan diadakan sempena 100 Hari pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan petang ini untuk mendapatkan pandangan serta cadangan mengenai pelantikan rektor Kuin.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak membangkitkan pelbagai isu berkaitan Kuin memandangkan mereka (kerajaan PAS) sendiri yang telah mewariskan banyak masalah berkaitan kolej universiti itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu akhirnya akan mengaibkan mereka sendiri apabila pelbagai masalah yang sebenarnya berpunca daripada mereka akan terbongkar, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan