Pemilihan Parti: Umno Johor Sokong Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Johor sedia memberi sokongan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai calon tunggal bagi jawatan naib presiden, sekali gus menjadi negeri pertama yang mengumumkan pilihannya menjelang pemilihan parti Oktober ini.

Keputusan itu dicapai dengan persetujuan, pada mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri pada Ahad, yang dipengerusikan buat pertama kali oleh Menteri Besar dan Ketua Umno Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.

"Keputusan untuk tidak meletakkan calon lain bertanding jawatan itu bagi mengurangkan persaingan di kalangan pemimpin-pemimpin negeri. Ia untuk mencapai muafakat bagi Johor," katanya kepada The Star.

Keputusan ini adalah perbezaan ketara berbanding pemilihan parti lepas, pada tahun 2009 apabila tiga pemimpin dari negeri ini bersaing untuk jawatan naib presiden.

Selain Hishammuddin, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Khaled sendiri telah bersaing empat tahun lalu.

Memandangkan terdapat tiga calon, Umno Johor tidak menunjukkan keutamaannya.

Khaled juga mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk kerusi majlis tertinggi.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata beliau terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan Umno Johor untuk mempertahankan jawatan naib presiden.

"Saya amat berbesar hati dengan keputusan mereka," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan