Masalah Meter TNB: Jwtkuasa Khas Yakin Mampu Kumpul 10,000 Penandatangan Petisyen Dalam Masa Sebulan

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang yakin mampu mengumpul 10,000 pempetisyen dalam masa tiga hingga empat minggu bagi mendesak badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat masalah mengenai meter digital Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli jawatankuasa khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai bil elektrik tinggi, Wong Chen berkata sambutan agak baik diterima daripada orang ramai setelah laman web www.checkyourtnbmeter.com dilancarkan Jumaat lepas.

"Kempen dibuat secara 'online' sahaja tetapi mendapat sambutan agak baik.

"Selepas menyiarkannya di Facebook pada Jumaat malam, kita mendapat seramai 6,000 pelawat dan 845 telah mendaftar sebagai pempetisyen...saya rasa memang sasaran ini mampu dicapai dalam tiga atau empat minggu," katanya kepada mStar Online, dekat sini, Isnin.

Wong Chen yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya berkata, sebaik sahaja sasaran 10,000 dicapai, jawatankuasa akan menulis secara rasmi kepada Suruhanjaya Tenaga dan TNB menggesa sebuah badan bebas ditubuhkan bagi memeriksa ketepatan bacaan meter digital TNB yang baharu itu.

Katanya, jumlah pelawat dan mereka yang membuat bantahan dalam talian berkenaan diperolehi selepas empat hari laman web dilancarkan.

Jelasnya lagi, walaupun belum tersebar secara meluas tetapi terdapat tanda-tanda yang laman web ini semakin mendapat perhatian ramai.

"Perkara ini belum viral lagi. Pemimpin lain belum lagi buat 'posting' di Facebook dan Twitter.

"Laman ini bagaimanapun telah mengalami dua kali masalah kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai.

"Sekarang pasukan saya sedang mengatasi perkara ini," katanya.

Laman web ini dilancarkan sebagai usaha pembangkang mendesak siasatan dijalankan terhadap pertukaran meter analog kepada digital yang menimbulkan banyak rungutan rakyat sejak kebelakangan ini.

Sehingga berita ini ditulis, didapati seramai 917 pengunjung telah mendaftar sebagai pempetisyen.

Selain itu terdapat juga komen-komen diberikan dan kebanyakkannya merungut serta mendakwa terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi selepas meter baharu dipasang.

Jawatankuasa yang diketuai Naib Presiden PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng dan dua lagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Dr Xavier Jayakumar itu berperanan menyiasat, memantau dan memberi jalan penyelesaian melalui dasar lebih jelas melibatkan pihak berkepentingan termasuk pengguna, TNB dan Suruhanjaya Tenaga.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd dalam kenyataan pada Isnin memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Katanya pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan