Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan Mahasiswa - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa terbuka dan menerima setiap pandangan yang dikemukakan oleh mahasiswa, asalkan untuk kebaikan negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, saranan itu menjadi input berguna kepada kerajaan dalam menggubal dasar awam.

"Namun pandangan itu mesti dibuat dengan berhati-hati," katanya ketika merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Selasa.

Hadir sama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhyiddin berkata, kerajaan sudah membuktikan menerima pandangan bernas daripada mahasiswa apabila beberapa usul daripada 14 resolusi yang disuarakan pelajar pada mesyuarat MPPK sebelum ini dilaksana oleh kerajaan.

Antaranya usul membabitkan jaminan bekalan makanan negara yang membawa kepada penganjuran Konvensyen Makanan Negara melibatkan pemimpin mahasiswa, pelajar universiti dan anggota Kelab Usahawan Siswazah (MyAGROSIS) pada 16 Disember lepas, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konvensyen itu menjadi wadah penting kepada mahasiswa dalam mentransformasikan sektor pertanian dengan idea-idea segar dalam menjana kekayaan seterusnya melahirkan generasi 'Agropreneur' negara bagi menyumbang kepada jaminan bekalan makanan pada masa depan.

"Antara lain, tindakan susulan kerajaan hasil mesyuarat MPPK yang lepas ialah pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup," katanya lagi.

Sehubungan itu Muhyiddin berharap perwakilan pelajar pada mesyuarat kali ini matang dan rasional dalam melontarkan pendapat masing-masing, selaras dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai dialog pada mesyuarat berkenaan.

Ditubuhkan pada 1999, MPPK menjadi platform utama bagi kepimpinan pelajar institusi pengajian tinggi membincangkan isu-isu nasional dan memberi pandangan berhubung pembangunan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan