JAJ Kesan Lebih 1,000 Pengikut Syiah

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Baharu dan Kluang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.

"Di Johor Baharu, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini, Selasa.

Abd Mutalip berkata markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif.

Katanya sepanjang tahun lepas JAJ melaksanakan 18 pemantauan bagi membendung penyebaran fahaman Syiah.

Sementara itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor tidak bercadang mengambil alih penjagaan gelanggang futsal yang dibina di negeri ini bagi membolehkan persatuan berkenaan memperoleh pendapatan menerusi bayaran penggunaan kemudahan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata sudah menjadi dasar kementerian bahawa setiap gelanggang futsal di seluruh negara ditadbir oleh persatuan belia melalui perjanjian persefahaman yang ditandatangani.

"Kerajaan berharap kaedah ini dapat membantu setiap persatuan yang diberi tanggungjawab untuk memperolehi hasil pendapatan daripada pengguna yang menggunakan kemudahan gelanggang terbabit.

"Selain daripada itu, kerajaan juga berharap ia akan dapat mendidik persatuan tersebut berdikari serta memahami dan mempelajari aspek pengurusan secara lebih berkesan daripada kemudahan yang sudah disediakan ini," katanya menjawab soalan Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja).

Menurutnya persatuan yang menguruskan gelanggang terbabit juga akan bertanggungjawab atas kos penyelenggaraan jika berlaku kerosakan kecil dengan menggunakan duit tabung hasil kutipan sewa kemudahan itu.

"Bagi kerosakan yang serius Jabatan Belia dan Sukan Johor mengarahkan Pejabat Belia dan Sukan di setiap daerah untuk membuat lawatan, pemantauan ke atas pengurusan gelanggang serta membuat anggaran kos kerosakan.

"Jabatan Belia dan Sukan negeri juga sudah menghantar permohonan peruntukan bagi kerja baik pulih kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk tindakan lanjut," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan