Helikopter Intip: Dua Lelaki Serah Diri Kepada Polis - Berita Semasa | mStar

Helikopter Intip: Dua Lelaki Serah Diri Kepada Polis

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang didakwa melakukan intipan terhadap Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menggunakan 'hexicopter' menyerah diri kepada pihak polis.

Suspek yang berusia 39 dan 47 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada pukul 3 petang hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh berkata salah seorang suspek mengakui sebagai empunya 'hexicopter' tersebut.

"Mereka mendakwa telah menguji 'hexicopter' tersebut untuk mengambil gambar di kawasan persekitaran.

"Kami telah merakamkan kenyataan mereka dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya kepada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata siasatan tidak menunjukkan motif di sebalik penggunaan 'hexicopter' itu.

"Kami masih belum memastikan apa-apa motif untuk menunjukkan mereka mengintip Dr Wee.

"Kedua-dua mereka menafikan mereka adalah ahli parti politik," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan