Fasa 2 JPO Dibuka November

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pembangunan fasa dua Johor Premium Outlets (JPO) yang meliputi kawasan seluas 100,000 kaki persegi, dijadualkan dibuka pada November depan.

Dalam kenyataan hari ini, JPO berkata fasa dua itu mempunyai kira-kira 40 kedai, menjadikan jumlahnya 120.

"Kedai-kedai itu akan meningkatkan pengalaman pengunjung dan terus menyokong pembangunan ekonomi kawasan itu," katanya.

Sejak pembukaannya pada 2011, JPO berkembang menjadi destinasi utama membeli-belah yang menarik berjuta-juta pengunjung dari Malaysia, Singapura dan rantau ini, katanya.

Premis itu diurus oleh Genting Simon Sdn Bhd, unit milik penuh Simon Genting Ltd, iaitu usaha sama 50:50 antara Azzon Ltd Genting Plantation dan Premium Outlets, satu bahagian dalam Simon Property Group.

JPO berkata ia juga akan menganjurkan pameran pekerjaan selama tiga hari mulai 24 Ogos, antara 10 pagi dan 7 petang.

Pameran itu yang dianjurkan dengan kerjasama penyewa pusat itu, bermatlamat mengambil pekerja sepenuh masa dan sambilan untuk 40 kedai di situ.

"Beberapa jenama yang menyertai pameran itu termasuk Aigner, BCBGMAXAZRIA, Bread And Butter, COACH, Columbia, Dome Cafe, FURLA, Kampachi Japanese Restaurant, Hugo Boss dan Polo Ralph Lauren," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan