Bakal Pelatih Wanita PLKN Wajib Jalani Ujian Kehamilan

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHARU: Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Keputusan itu dipersetujui anggota Jemaah Menteri pada 12 Julai lepas, katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Geo Kosmo di sini, Isnin.

Beliau berkata kumpulan ketiga untuk tahun ini yang memulakan latihan sejak dua hari lepas, bakal menjadi kumpulan pertama menjalani ujian itu.

Menurutnya sekiranya ada pelatih wanita yang positif ujian kehamilan, mereka akan diberi tempoh penangguhan daripada menjalani program itu.

"Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Kementerian Pertahanan dan hasil kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung ujian kehamilan ke atas bakal pelatih PLKN," katanya.

Kajian pada 2011 itu, yang melibatkan 4,500 responden daripada pelatih PLK Ndan ibu bapa, mendapati sebanyak 94 peratus daripada mereka bersetuju ujian itu dilaksana.

Abdul Hadi berkata keputusan itu juga dibuat bagi menjaga keselamatan kandungan pelatih.

Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan