Peranan Pemantau Mesyuarat Umno Akan Diperhalusi

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peranan pemantau mesyuarat cawangan dan bahagian Umno akan diperhalusi agar mereka tidak melakukan tindakan melebihi had yang sepatutnya.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata pihaknya akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkara itu dan seterusnya memaklumkan langkah penambahbaikan yang diputuskan kepada pengerusi jawatankuasa pemantau di setiap negeri.

"Pemantau dilantik bagi memastikan perjalanan mesyuarat mengikut peraturan. Mereka tidak boleh mempengaruhi perjalanan mana-mana mesyuarat sama ada untuk sahkan atau batalkan mesyuarat itu.

"Jika pemantau tidak hadir, ia tidak membatalkan mesyuarat yang berlangsung di peringkat cawangan atau bahagian. Mereka hanya pantau dan maklumkan kepada pengerusi jawatankuasa jika ada perkara berbangkit berhubung perjalanan mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pemilihan Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Isu salah guna kuasa oleh pemantau yang dilantik hangat dibincangkan anggota Wanita yang hadir pada majlis taklimat hari ini, yang turut mendakwa ada di antara pemantau merupakan anggota berjawatan dan telah mempengaruhi perjalanan mesyuarat.

Abdul Rauf menjelaskan Tajol Rosli selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan telah melantik pengerusi jawatankuasa pemantau di negeri-negeri untuk meneliti cadangan lantikan pemantau dari peringkat bahagian.

Abdul Rauf dalam pada itu berkata kira-kira 40 peratus cawangan telah selesai bermesyuarat dengan anggota Wanita mencatat kehadiran 90 peratus.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas perjalanan mesyuarat telah ditubuh di peringkat Ibu Pejabat Umno untuk meneliti semua bantahan dan aduan yang diterima dari peringkat akar umbi.

"Kemudian kami akan maklumkan semula di peringkat negeri cadangan penambahbaikan atau kajian yang dibuat, sama ada perlu bermesyuarat semula atau tidak," jelasnya.

Katanya, bantahan hanya boleh dibuat dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat dijalankan, dan bantahan yang dibuat selepas itu tidak akan diterima serta perjalanan mesyuarat dianggap sah.

Sementara itu, Abdul Rauf berkata kira-kira 200 sukarelawan akan ditugaskan membantu perjalanan pemilihan di setiap 191 bahagian yang akan bermesyuarat serentak 19 Okt ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan