Pemilik Resort Dipanggil Beri Keterangan Di MAIJ

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan Buddha pada 10 Ogos lepas, dipanggil memberi keterangan di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini.

Lelaki berusia 45 tahun itu hadir di bahagian penguat kuasa Kompleks Pusat Islam Johor pada 9.30 pagi dan hanya beredar tujuh jam kemudian.

Beliau kelihatan hadir bersama seorang pembantu berusia 29 tahun dan difahamkan telah diikat jamin oleh dua penjamin rakyat tempatan sementara menunggu perbicaraan.

Usaha untuk merakamkan gambar mereka bagaimanapun gagal apabila kedua-duanya melarikan diri melalui pintu belakang dalam usaha untuk mengelak daripada pihak media.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abdul Mutalib Abdul Rahman yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Pihak penguatkuasa MAIJ akan berbincang dengan pihak pendakwaan syarie untuk tentukan kewujudan kes bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang jika sabit bersalah boleh didenda tidak lebih RM3,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan