Ops Piramid Bila-Bila Masa - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Kerajaan bersedia melancarkan Ops Piramid untuk memindahkan lebih 3,300 rakyat Malaysia di Mesir pada bila-bila masa sahaja jika keadaan di negeri itu bertambah serius.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah mengarahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ke Mesir pagi ini untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.

"Kerajaan kini memantau pergolakan yang berlaku di Mesir setiap jam. Kita lihat keadaan di sana semakin membimbangkan, kawasan yang nampak reda kini bertambah panas sebab itu kita telah hantar wakil khas kita untuk tinjau sendiri keadaan di sana.

"Segala persiapan lojistik telah diletakkan dalam keadaan siap sedia dan pesawat komersil syarikat penerbangan MAS dan Air Asia juga telah tampil menawarkan diri untuk membantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ahmad Maslan, Ketua Umno bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad dan lebih 5,000 penduduk kawasan sekitar.

Hishammuddin berkata jika keadaan keselamatan tidak mengizinkan untuk penggunaan lapangan terbang komersil, kerajaan akan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu Ops Piramid itu.

Khamis lepas, Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan wakil agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, MAS dan Air Asia untuk membincangkan langkah-langkah bagi memindahkan rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan bertambah serius. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan