MKN Hantar Pasukan Ke Mesir Nilai Keperluan Evakuasi

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghantar satu pasukan ke Mesir bagi menilai keperluan evakuasi dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di negara itu.

MKN dalam satu kenyataan hari ini berkata pasukan itu yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berperanan menyelaras persediaan dan persiapan dengan pihak berkaitan di negara tersebut sekiranya pelan evakuasi dilaksanakan.

"MKN telah diarahkan oleh kerajaan untuk menyelaras segala persiapan yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir berikutan keadaan tidak menentu di negara itu.

"Bagi tujuan ini, satu pasukan telah dihantar ke Mesir bagi menyelaras perjalanan proses ini dan sehingga kini dianggarkan seramai 3,300 rakyat Malaysia yang masih berada di negara tersebut," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut situasi keselamatan yang berlaku di Mesir kini berada dalam keadaan tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda pada minggu ini.

Perarakan oleh kumpulan penyokong Dr Mohammed Mursi juga diadakan di bandar utama sekitar Mesir dan dilaporkan turut melibatkan petempatan pelajar Malaysia yang berada di kawasan tersebut.

Dalam hubungan itu, beberapa siri mesyuarat diadakan bagi menilai perkembangan situasi keselamatan di Mesir dan merangka persiapan serta pelan tindakan sekiranya terdapat keperluan untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke tempat yang selamat.

Mesyuarat terbaru diadakan pada 15 Ogos lepas yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk MKN, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Malaysia Airlines dan AirAsia. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan