Isu Mesir: PAS Hantar Memorandum Gesa Sidang Khas Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa bagi mendesak supaya mengadakan sidang khas Parlimen berhubung isu kekejaman di Mesir.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia perlu disegerakan kerana agak terlambat jika menunggu Parlimen yang hanya akan bersidang pada 23 September depan.

"Jika tunggu (September) sudah terlalu lewat, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita mesti merumuskan satu resolusi yang boleh dipersetujui bahawa usul itu dibawa oleh kerajaan.

"Kita tak ada masalah sebab kita pernah ada sejarah bahawa usul yang dibawa kerajaan didukung bersama oleh pakatan rakyat iaitu usul berkaitan Iraq dan Gaza suatu ketika dahulu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

Mahfuz berkata, apa yang penting adalah mengenai penyediaan usul yang akhirnya akan mengambil kira pandangan kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pakatan rakyat) dalam mencari resolusi untuk menghentikan kekejaman pasukan keselamatan Mesir terhadap rakyatnya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Mokhtar Radin turut membuat desakan serupa agar sidang khas Parlimen berhubung isu Mesir diadakan segera.

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," kata Bung.

Tindakan Bung turut mendapat sokongan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha menghentikan insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan lebih 2,500 orang telah pun terbunuh di Medan Raba'ah sejak 14 Ogos lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan