Undang-Undang Ganti EO Perlu Seimbang Dengan Tuntutan Hak Asasi Manusia - MCPF - Berita Semasa | mStar

Undang-Undang Ganti EO Perlu Seimbang Dengan Tuntutan Hak Asasi Manusia - MCPF

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO) perlu seimbang dengan tuntutan hak asasi manusia bagi memerangi jenayah dengan lebih efektif, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ini kerana sesetengah pihak menganggap akta seperti EO menindas hak manusia tanpa memikirkan kesan buruk ketiadaan perundangan yang lebih tegas dalam melindungi keselamatan awam daripada menjadi mangsa jenayah.

"Kerana itu suatu pendekatan seimbang perlu difikirkan bagi membolehkan suspek dan mangsa jenayah mendapat pembelaan sewajarnya menerusi penguatkuasaan undang-undang yang sesuai dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita dalam Program Mendekati Masyarakat Bersama Polis Pulau Pinang, di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Lee turut berpendapat penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dapat membendung peningkatan kadar jenayah berat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MCPF akan menganjurkan Forum Perundangan Semasa bagi membantu pihak berkuasa memerangi jenayah secara lebih berkesan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 24 Ogos ini.

Katanya sebanyak tujuh organisasi akan membentangkan kertas kerja antaranya Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli), Jabatan Peguam Negara dan MCPF.

Lee berkata kertas kerja berkenaan disediakan dengan mengambil pandangan seimbang serta mengambil kira kebaikan dan keburukan undang-undang pencegahan bagi memerangi jenayah di negara ini.

Beliau berkata rumusan daripada forum itu akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual hadir pada hari berkenaan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan