Saingan Rebut Jawatan Naib Presiden Umno Dijangka Sengit - Berita Semasa | mStar

Saingan Rebut Jawatan Naib Presiden Umno Dijangka Sengit

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perebutan untuk tiga jawatan Naib Presiden Umno akan menyaksikan persaingan sengit tetapi penyandangnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikitpun gentar.

Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu yang akan mempertahankan jawatan tersebut berharap rekod bersihnya sepanjang berkhidmat untuk ahli dan parti itu akan menilainya pada pemilihan itu nanti.

"Jawatan tersebut (Naib Presiden) adalah untuk direbut untuk sesiapa kerana Umno adalah sebuah parti terbuka dan percaya kepada demokrasi. Sekiranya terdapat pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding, mereka amat dialu-alukan dan terpulang kepada ahli parti untuk memilih siapa yang mereka inginkan untuk menjadi ketua.

"Bagi saya, saya berharap usaha, khidmat dan sumbangan saya kepada parti dan ahli-ahli Umno akan digunakan untuk menilai saya," katanya pada sambutan rumah terbuka Hari Raya anjuran Pengasih.

Zahid menegaskan bahawa dia hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tiada rancangan untuk bertanding jawatan lain.

Selain Zahid, dua lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan mereka.

Timbul khabar angin bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Pengerusi Felda dan Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mungkin akan bertanding merebut jawatan tersebut.

Pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dijadualkan pada 19 Oktober dan buat pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli parti akan terus mengundi kepimpinan parti selepas pindaan dilakukan dalam perlembagaan Umno.

Sementara itu, seorang pemimpin di peringkat akar umbi percaya bilangan calon yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno mungkin mencecah lebih daripada enam orang.

"Saya yakin terdapat beberapa Menteri Besar atau pemimpin kanan akan bertanding. Pastinya amat menarik untuk melihat siapa yang mendapat undi di kalangan ahli parti," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan