Penswastaan ​​Boleh Untungkan MAS - Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penswastaan ​mungkin ​boleh menjadi jawapan kepada usaha menjana keuntungan Penerbangan Malaysia (MAS) selepas langkah memulihkan syarikat penerbangan itu gagal.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, melalui penswastaan, pengurusan MAS perlu serius dalam mencari kaedah untuk membuat keuntungan walaupun mungkin wujud persepsi bahawa sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tidak salah untuk mereka mencatat kerugian.

"Ada orang yang berfikir bahawa GLC bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan bukannya untuk membuat keuntungan kepada syarikat atau kerajaan.

"Penswastaan ​​MAS mungkin boleh mengubah persepsi ini dan syarikat penerbangan itu mungkin boleh mencatat keuntungan dan bukannya kerugian," katanya.

Selain itu Dr Mahathir berkata pengalamannya bersama Proton merupakan contoh yang baik kerana selepas pengeluar kereta nasional itu diswastakan, pihak pengurusan lebih sedar tentang keuntungan dan kerugian syarikat.

Menurut beliau terdapat bakat tempatan yang mencukupi untuk menguruskan penerbangan itu apabila ia diswastakan dan bukannya menjual kepada warga asing.

Isu mengenai penjualan MAS muncul semula baru-baru ini apabila beberapa pihak dipercayai menghantar cadangan kepada kerajaan untuk membeli syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebelum ini berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual MAS dan melaksanakan cadangan untuk menyusun semula peranannya dalam perniagaan di bawah model ekonomi baru.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan