Pemilihan Pucuk Pimpinan Mesti Hormati Fasal 3 Perlembagaan Umno - Rais

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini wajar menghormati Fasal 3 perlembagaan parti dengan mengutamakan perjuangan dan matlamat parti, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata ini bermakna Umno mesti diiktiraf sebagai penyambung wadah bagi agama, bangsa dan negara dengan mekanisme perpaduan utuh orang Melayu.

"Walau apa pun, Umno akan mempunyai pemimpin tetapi sekiranya kita berpecah dalam menentukan siapa akan memimpin maka kuasa di tangan orang Melayu akan lurut dan akhirnya habis disebabkan desakan politik.

"Petua yang diberi oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sepakat. Orang Melayu mesti berpegang kepada petua lama iaitu seperti pantun ini 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'," katanya yang turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaludin Alias di padang awam Simpang Pertang di sini, malam Sabtu.

Fasal 3 Perlembagaan Umno menyenarai tanggungjawab dan matlamat perjuangan Umno sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Rais yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata kuasa itu kini dilihat oleh pihak-pihak lain dan mereka suka Umno berpecah.

Oleh itu, beliau menasihatkan pemimpin yang hendak naik ke atas supaya jangan begitu ghairah atau mencerca dan memberikan imej yang salah kepada parti.

"Saya sebagai veteran berdoa sangat supaya pucuk pimpinan berusaha mencari formula menyatukan Melayu dalam PAS dan Umno. Ini sahaja formulanya dan jika ini tidak dapat dilaksanakan saya bimbang kita tidak lama memegang kuasa mengikut maksimum tahun dan zaman," katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang bertanding supaya hindarkan diri daripada politik sogok menyogok.

"Kita tidak mahu pemimpin naik ke atas sebab kekuatan 'poketnya' (wang). Kita mahu pemimpin naik ke atas sebab cerdiknya dan kebolehan memimpin...musuh Umno ialah politik wang dan jika ini dapat diatasi, saya percaya kita (Umno) akan survive," katanya.

Mengenai keputusannya tidak mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Rais berkata: "Bak kata perpatah, saya menyeberang sudah sampai ke seberang dan lingkungan usia saya ambil kira...oleh kerana saya sekarang diberi tugas di peringkat penasihat taraf menteri saya dapati itu lebih sesuai bagi saya setelah 40 tahun berkecimpung dalam arena politik.

"Sebagai penasihat, saya kira itu lebih afdal dan saya terimalah penghargaan daripada Perdana Menteri itu sebaik mungkin," katanya.

Mengenai pemimpin yang akan mengganti beliau di bahagian Jelebu, Rais meletakkan empat syarat iaitu perlu jujur memimpin, tidak menggunakan sogokan, tahu Fasal 3 perlembagaan dan menunjukkan jasa dan sumbangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan