PDRM-Jabatan Peguam Negara Bincang Pemasangan EMD Pada Penjenayah

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.

"Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor, Sabtu.

Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.

Khalid berkata PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.

Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.

Khalid berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata idea tersirat di sebalik program Desa Selamat adalah supaya masyarakat dan polis bekerjasama serta saling bertukar maklumat bagi membanteras jenayah.

"Masyarakat haruslah bersikap skeptikal sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam persekitaran mereka," katanya.

Khalid juga berkata hanya penduduk setempat yang boleh memberi maklumat berhubung keadaan atau orang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan