Keselamatan Pelajar Malaysia Keutamaan Paling Atas - PM

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keselamatan pelajar Malaysia di Mesir adalah keutamaan paling atas.

Perdana Menteri dalam tweetnya berkata kerajaan akan mengambil segala langkah perlu untuk membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.

Najib dilapor telah mengarahkan supaya dibuat persiapan bagi membawa pulang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Mesir memandangkan pergolakan di negara itu sekarang.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dan Wisma Putra di Mesir telah mewujudkan "safe home" (kediaman selamat) bagi memudahkan pemindahan keluar pelajar Malaysia bila keadaan memerlukan.

Pertempuran berdarah meletus Rabu lepas antara penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan dengan pasukan keselamatan bila mereka bertindak merobohkan khemah-khemah di dua medan utama di Mesir yang didirikan oleh golongan yang setia kepada Morsi dan menuntut supaya dikembalikan kuasa kepada beliau. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan