Jamil Khir Sah Tanding MT Umno

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno Oktober ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah beliau mempertimbangkan pandangan serta permintaan termasuk di peringkat akar umbi yang mahukan wakil yang mempunyai latar belakang agama turut membarisi kepimpinan Majlis Tertinggi.

"Setelah mempertimbangkan pelbagai pandangan dan permintaan, maka saya menawarkan diri untuk berkhidmat ke arah memperkukuhkan parti.

"Saya dengan penuh keikhlasan dengan tujuan membantu parti dan menyumbangkan tenaga yang lebih berkesan untuk berada di peringkat Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Guar Chempedak dekat sini, Ahad.

Sementara itu Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung tindakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha, tidak wajar dibincangkan.

Beliau berkata MAIJ lebih memahami terhadap keperluan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Tidak timbul soal roboh (surau) atau tidak, tetapi keputusan dan tindakan itu diambil setelah mengambil kira aspek termasuk ke bawah Duli Tuanku (Sultan Johor) sebagai kuasa tertinggi negeri dalam mentadbir agama.

"Tentunya telah ditimbang sebaik mungkin, tujuannya ialah untuk pertahankan kesucian Islam yang merupakan agama negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan