'Helikopter Pengintip' Mudah Diperolehi

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi dan bateri yang tahan selama 15 minit dan boleh dicas semula, "helikopter pengintip" mudah didapati di pusat beli-belah di sini.

Kenderaan mainan udara dengan alat kawalan jauh itu, secara amnya digunakan untuk fotografi udara dan pemetaan, mampu terbang pada ketinggian menyamai bangunan 13 tingkat.

Ia juga dicipta untuk digunakan ketika hujan.

Seorang penjual di Paradigm Mall, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kos "helikopter pengintip" adalah antara RM1,200 dan RM1,500, bergantung kepada spesifikasi dan popular.

"Ramai orang membelinya sekarang. Jualannya sangat baik. Malah orang dari negara lain datang ke sini untuk membelinya," katanya.

Seorang lagi pemilik kedai berkata beliau telah melihat jualan yang baik sejak kebelakangan ini.

"Jenis 'hexacopters' sangat popular di kalangan penggemar permainan alat kawalan jauh. Mereka tidak kisah membayar lebih untuk mendapatkan alat terkini dengan ciri-ciri yang terbaik," katanya.

Pada sidang akhbar Jumaat, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menunjukkan kenderaan permainan alat kawalan jauh udara yang didakwa mengintip banglonya di Bukit Tiara di Cheras.

Beliau berkata anak jirannya menemuinya di bahagian balkoni dan mengeluarkan cip didalam kamera video pada 'hexacopter' sebelum memainkan klip video yang dirakam oleh kamera pada komputer.

Walaupun sesetengah orang mempersoalkan kesahihan alat itu, peguam jenayah Gerard Lazarus berkata, undang-undang privasi tidak meliputi ruang udara di atas sebuah rumah.

"Melainkan jika helikopter memasuki rumah anda, anda mungkin dapat mengatakan bahawa ia menceroboh. Jika helikopter telah mengambil rakaman kawasan umum, pengendali dianggap tidak melakukan suatu kesalahan melainkan jika terdapat bukti bahawa ia telah mengintip anda secara khusus."

Menurut Kanun Keseksaan, meletakkan kamera pengintip di premis tanpa kebenaran pemilik adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 447 kerana melakukan jenayah menceroboh.

Jika imej gambar atau video yang tidak senonoh direkodkan dan dipaparkan kepada orang ramai, maka ia terletak di bawah Seksyen 509 kerana gangguan seksual.

Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata: "Apa-apa sahaja boleh dilakukan pada masa ini. Penjenayah atau mungkin juga seorang peminat rahsia boleh jadi bertanggungjawab untuk itu. Perkara yang terbaik adalah menyerahkan perkara itu kepada polis."

Pakar strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming berkata mengintip ahli politik telah berlaku beberapa kali, dengan memetik kes Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terjumpa alat rakaman video pada tahun 2010 selepas mendengar bunyi bip dari belakang langsir tingkap.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan