Doktor Mahu Caj Rundingan Dinaikkan 30 Peratus

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Doktor di klinik swasta dan hospital meminta yuran khidmat rundingan ditingkatkan sebanyak 30 peratus, sambil berkata adalah mustahil bagi mereka untuk meneruskan hidup dengan kenaikan kos operasi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata kenaikan yang dicadangkan itu sudah tertangguh lebih dari satu dekad.

Beliau mendakwa doktor kini dibayar gaji yang kurang berbanding tukang paip, juruelektrik, 'hairstylist' dan pengusaha kedai makan.

Pengamal secara umum memperolehi antara RM30 dan RM50 setiap kali rundingan manakala pakar mengenakan caj antara RM50 dan RM80.

Dr Tharmaseelan berkata: "Ia adalah satu salah faham bahawa doktor adalah kaya dan tamak. Ramai doktor bergelut dengan peningkatan kos utiliti, sewa dan gaji, dan ramai juga telah pun berhenti dalam bidang ini kerana kos yang terlalu mahal untuk mengekalkan operasi klinik.

"Secara purata, kos operasi bagi seorang pengamal perubatan untuk menjalankan klinik di Kuala Lumpur adalah kira-kira RM20,000 sebulan."

Terdapat lebih 7,600 klinik dan hospital swasta di seluruh negara dan persatuan ini mewakili lebih 3,000 ahli.

Dr Tharmaseelan menambah, seorang pengamal perubatan mengenakan caj antara RM45 dan RM50, termasuk ubat-ubatan untuk pesakit yang batuk dan demam biasa.

"Tidak masuk akal apabila orang ramai membayar lebih untuk khidmat gunting rambut atau makan berbanding mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata kenaikan itu perlu bagi doktor untuk menampung "kos asas" mereka berdasarkan undang-undang wajib seperti membayar gaji minimum.

"Kami juga perlu mematuhi undang-undang supaya mempunyai insurans ganti rugi perubatan, membayar sewa radiographer dan berurusan kontraktor pelupusan sisa di klinik kami.

"Sudah tiga dekad dan yuran kami kekal tidak berubah," katanya.

Beliau berkata MMA mengemukakan jadual fi yang baru kepada Kementerian Kesihatan dua tahun lalu tetapi cadangan itu ditolak kerana Kerajaan berpendapat ia adalah melampau.

Beliau berkata MMA tidak dapat bersetuju dengan peningkatan 14 peratus bayaran yang dicadangan Kerajaan dibuat pada tahun lepas kerana ia akan menyebabkan masa depan yang suram untuk ahli-ahlinya.

Ahli Majlis Perubatan Malaysia dan pengamal perubatan kanan Dr Milton Lum berkata: "Seorang tukang paip mengenakan caj antara RM50 dan RM100 hanya untuk memeriksa paip saya - itulah adalah lebih daripada apa caj yang dikenakan pengamal secara umum (untuk berunding).

"Hari ini, bil perubatan RM100,000 bukan luar biasa tetapi doktor hanya menerima sedikit pecahan.

"Antara 75 dan 85 peratus daripada jumlah bil adalah untuk hospital dan organisasi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan