Wanita Umno Kedah Sokong Shahrizat Kekalkan Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Wanita Umno Kedah pada Sabtu menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai ketua pergerakan itu.

Ketuanya Datuk Dr Maznah Abdul Hamid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khas Wanita Umno Kedah semalam, yang dihadiri oleh semua 15 ketua Wanita Umno bahagian di negeri ini.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi Shahrizat yang begitu baik ketika memegang jawatan ketua Wanita walaupun cabaran dalam politik semakin mencabar selain berkhidmat dengan baik dan berjaya menyatupadukan semua anggota Wanita.

Katanya pihaknya ada menjalankan kajian yang menunjukkan hampir 90 peratus akar umbi menyokong Shahrizat dan memerlukan beliau untuk memegang jawatan ketua Wanita, dan difahamkan kajian di negeri-negeri lain juga menunjukkan keputusan sama.

"Saya pernah berada di bawah tiga ketua Wanita. Nak jadi ketua Wanita bukan senang. Saya harap sesiapa yang tawar diri...yang baharu, yang belum pun jadi ahli Wanita masuk dulu jadi exco. Lepas tu kenal Wanita seluruh Malaysia barulah tawar diri untuk (jawatan Ketua Wanita).

"Perlu masuk untuk memahami mengenai Wanita. Sekarang ini adalah masa untuk menstabilkan kedudukan. Takkan nak gantikan semua. Buat orientation dulu..jadi Exco dulu, next term bila dah ready bolehlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Padang Sera di sini.

Sebelum ini, bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azlina Othman Said yang juga anggota Parlimen Pengerang, dilaporkan melahirkan hasrat untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno.

Maznah turut menyeru anggota Puteri Umno yang telah melepasi umur dalam pergerakan itu supaya masuk pergerakan Wanita untuk dilatih sebagai pelapis pergerakan itu.

Sementara itu, Maznah berkata beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai Exco Wanita Umno pada pemilihan parti tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan