Tidak Ada Masalah Menteri Ambil Anggota Keluarga Bekerja Jika Tidak Dibayar Kerajaan- PM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan. "Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di sini Jumaat.

Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.

"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan Mohamed Nazri mengambil anak lelakinya bekerja di kementerian yang beliau sendiri adalah Menterinya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Mengenai cadangan supaya semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) diwajibkan mengisytiharkan harta mereka setiap tahun, Najib berkata setakat ini kerajaan hanya menetapkan anggota pentadbiran kerajaan yang mesti mengisytiharkan harta masing-masing. "Anggota Parlimen tiada kuasa eksekutif dan mereka boleh menjalankan perniagaan. Takde halangan (berniaga) asalkan jangan ada 'conflict of interest' (konflik kepentingan)"," katanya.

Perdana Menteri berkata aset dan harta yang diisytiharkan oleh anggota pentadbiran kepada beliau juga boleh memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemaknya. "Walaupun tiada aduan, SPRM boleh semak senarai aset yang mereka isytiharkan kepada saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan