Tiada Masalah Bagi Nombor Pendaftaran Kenderaan KL Bermula, Akhir Dengan Abjad - JPJ

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur sepatutnya tidak mempunyai masalah mematuhi syarat baru pada nombor siri plat kenderaan yang bermula dan berakhir dengan abjad, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Noraini Mohd Nawi.

Sebaik sahaja nombor siri lama berakhir bulan depan, siri baru akan bermula dengan W1A.

Peningkatan jualan kereta di bandar raya ini menimbulkan kebimbangan bagaimana siri baru akan dipamerkan terutamanya apabila ia mencapai angka yang lebih besar seperti WAA9999A.

Noraini berkata JPJ menggunapakai undang-undang sedia ada bagi nombor pendaftaran kenderaan di KL sama seperti yang digunakan pada nombor pendaftaran kenderaan di Sabah dan Sarawak.

"Sepatutnya tidak timbul masalah kerana siri yang sama turut digunakan bagi mereka yang berada di Sabah, dengan abjad dihadapan dan nombor dibelakang. Kaedah yang saya turut digunapakai di KL," katanya sambil menambah nombor pendaftaran yang lebih besar seperti WAA9999A perlu menunggu tempoh 20 tahun untuk dicapai.

Pada ketika ini nombor pendaftaran bagi kenderaan di Sabah dan Sarawak masing-masing ialah SAB7483P dan QAA4351G setakat pukul 5.30 petang Khamis.

Noraini berkata tiada sebarang masalah di Sabah dan Sarawak setakat ini dan JPJ juga tidak mempunyai masalah dengan saiz nombor pendaftaran kenderaan untuk memuatkan semua huruf dan aksara berkenaan.

Ketika ini, JPJ menetapkan plat yang digunakan mesti menggunapakai fon 'Ariel Bold', dengan ukuran yang khusus bagi abjad dihadapan dan di akhir nombor pendaftaran.

Peraturan tersebut termasuk spesifikasi biasa dengan penggunaaan fon yang boleh dilihat hingga jarak 18 meter di siang hari dan 15 meter pada waktu malam.

Nombor plat berkenaan perlu dipamerkan secara tegak di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

Plat tersebut juga perlu menggunakan abjad dan nombor yang berwarna hitam dan putih.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan