Roboh Surau Bukan Idea Yang Baik - Ahli Akademik, NGO

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Surau di Tanjung Sedili Besar, Johor yang dimiliki penganut beragama Islam dari Singapura dan digunakan untuk upacara keagamaan penganut agama Buddha.
Surau di Tanjung Sedili Besar, Johor yang dimiliki penganut beragama Islam dari Singapura dan digunakan untuk upacara keagamaan penganut agama Buddha.

PETALING JAYA: Ahli akademik, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa tidak untuk merobohkan surau di sebuah resort di Kota Tinggi yang telah digunakan oleh sekumpulan penganut agama Buddha untuk upacara keagamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Lanjutan Islam (IAIS) Prof Dr Mohamad Hashim Kamali berkata dengan permohonan maaf oleh Majlis Buddha, isu itu sepatutnya telah lama diselesaikan kerana kedua-dua belah pihak telah memberi pandangan mereka.

"Saya tidak fikir ia merupakan idea yang baik untuk merobohkan surau hanya kerana terdapat upacara keagamaan, dan ia tidak menunjukkan kemungkinan bahawa kumpulan itu cuba untuk menghina Islam," katanya kepada The Star, Jumaat.

Pemilik resort, seorang Muslim dari Singapura, membenarkan sekumpulan penganut agama Buddha dari Singapura menggunakan surau untuk upacara keagamaan, tetapi langkah itu dilaporkan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat di Sedili Besar selepas pengunjung resort yang mahu menunaikan solat Asar Sabtu lepas bertembung dengan kumpulan berkenaan.

Dr Hashim, yang berkhidmat sebagai perunding PBB mengenai pembaharuan perlembagaan di Afghanistan, Maldives, Iraq dan Somalia, berkata Islam tidak pernah mengharamkan penganut-penganut agama lain menggunakan masjid sebagai tempat yang sama untuk beribadat.

"Terdapat juga satu amalan pada zaman Nabi Muhammad, apabila delegasi Kristian melawat baginda di Madinah, Arab Saudi.

"Dikatakan bahawa Rasulullah bertemu delegasi di masjid dan menawarkan mereka menggunakan masjid sebagai kawasan beribadat," katanya.

Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, surau perlu dirobohkan hanya jika terdapat sebab yang sangat baik untuk tujuan itu.

"Jika ia kerana orang bukan Islam yang menggunakan tempat itu, kita perlu menentukan sama ada ini (meroboh) adalah benar-benar perlu," kata Saifuddin, yang memberikan keadaan di negara-negara lain di mana tempat-tempat ibadat yang tidak digunakan atau terbengkalai seperti gereja-gereja telah dibeli oleh penganut Islam dan kemudian ditukar menjadi masjid.

"Jika tempat-tempat ini boleh digunakan oleh orang Islam, kita mesti memikirkan sama ada kita perlu meruntuhkan tempat berkenaan hanya kerana insiden ini."

Pengurus program SIS, Suri Kempe berkata perobohan itu tidak perlu kerana ia "keterlaluan dan membazir" berdasarkan rasional yang diberikan oleh mereka yang meminta supaya ia dirobohkan.

"Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama, di mana toleransi dan perdamaian adalah kunci untuk membina masyarakat yang adil dan saksama," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata tempat-tempat ibadat di kebanyakan negara dikongsi bersama oleh mereka yang menganut agama yang berbeza.

"Malangnya, masyarakat kita masih belum matang ke tahap itu," katanya.

Walaupun untuk membincangkan isu-isu "sensitif" sekarang adalah menyakitkan, Wan Saiful berkata perbincangan itu akan membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang lebih matang.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan