PM Bidas Parti Pembangkang Tidak Amal Prinsip Demokrasi

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam DAP kerana tidak mengamalkan prinsip demokrasi sehingga terpaksa mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu.

Perdana Menteri berkata parti itu telah mempromosikan dirinya sebagai juara demokrasi namun gagal untuk melaksanakannya apabila ia melibatkan pemilihan parti sendiri.

"Persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai ialah mengapa sebuah parti yang mempromosikan dirinya sebagai juara demokrasi dan anti-rasuah, antara lain, gagal untuk mengikut peraturan untuk bersih daripada rasuah?"

"Apa yang Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah arahkan kepada mereka adalah betul dan mengikut peraturan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka di Felda Sungai Tiang di Pendang dekat sini, Jumaat.

Najib mengulas mengenai keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya CEC yang baharu selepas beberapa minggu membuat bantahan terhadap perintah ROS.

Beliau berkata Umno sentiasa telus dan tidak pernah menghalang ahli daripada mengambil bahagian dalam pemilihan parti.

"Kita tidak pernah menerima apa-apa bantahan mengenai pilihan raya. Jika ROS mengkritik, kita akan membetulkannya.

"Malah Umno pernah diharamkan oleh mahkamah. Kami menerima keputusan itu, memperbetulkan kesilapan dan membina semula parti," katanya.

Mengenai Felda, Najib berkata, kerajaan perlu mencari pelaburan jangka panjang dan jangka sederhana yang boleh digunakan untuk pelaburan baharu dan untuk tujuan pelaburan semula, sebagai dividen dan untuk pembangunan ekonomi sosial peneroka.

"Kami mempunyai dana yang besar. Jadi, kita perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan kita untuk kejayaan Felda dan pada masa yang sama memberi dividen yang tinggi kepada peneroka dan faedah dalam program-program sosial ekonomi kepada peneroka dan bukan peneroka, " katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan