Penganalisis Gambarkan Keputusan Pemilihan CEC DAP Hampir Sama Dengan Pemilihan Terdahulu - Berita Semasa | mStar

Penganalisis Gambarkan Keputusan Pemilihan CEC DAP Hampir Sama Dengan Pemilihan Terdahulu

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP merupakan cerminan kepada pemilihan pada Disember 2012, kata ahli-ahli politik DAP dan penganalisis.

"Penyelarasan mungkin sedikit berbeza, tetapi muka-muka yang sama mungkin akan menang," kata penganalisis politik Dr James Chin.

"Paling tidak, akan ada dua muka baru. Saya fikir pecahan mengikut kaum juga akan kekal lebih kurang sama - dua muka Melayu dan seorang India, atau mungkin sebaliknya."

Ini juga yang telah disuarakan oleh penganalisis politik bebas Khoo Kay Peng, yang berkata "tiada hasil yang mengejutkan" akan diperolehi.

Khoo berkata "pucuk pimpinan" akan menunjukkan barisan calon dan perwakilan akan bersetuju dengannya.

"Ia hanya satu formaliti untuk berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya kepada The Star Online.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan