Khairy Dijangka Umum Pertahan Jawatan Ketua Pemuda Esok

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangka akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi sayap parti itu pada majlis rumah terbukanya di Rembau, Negeri Sembilan, Ahad.

Menurut sumber pergerakan itu, keputusan dibuat setelah beliau mendapat maklum balas daripada pimpinan akar umbi yang dikatakan masih memerlukan kepimpinan beliau dalam sayap parti.

Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini berkata beliau secara peribadi tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Namun, beliau juga maklum cadangan dibuat dalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu jawatan itu dipertandingkan dan meminta supaya beliau terus memegang jawatan itu.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan tahun 2009.

Turut bertanding pada masa itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Beliau terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk mengembalikan semula keyakinan pengundi muda untuk menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Mesyuarat Cawangan Umno dilanjutkan dari 31 Ogos kepada 15 September ini manakala pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dipinda dari 7 September kepada 21 September.

Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober dan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi Umno ditukar dari 7 September kepada 28 September.

Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober.

Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan