Keselamatan Rakyat Malaysia di Mesir Sentiasa Dipantau Kedutaan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Keselamatan rakyat Malaysia sama ada pelajar mahupun yang bekerja di Mesir akan sentiasa dipantau pihak kedutaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Justeru, beliau menasihati anggota keluarga atau saudara mara agar tidak gusar dengan keadaan keselamatan saudara mereka di negara bergolak itu kerana Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia.

"Di sesetengah negara, seperti Indonesia atau Switzerland, kita ada atase buruh yang menjaga hal ehwal rakyat Malaysia, tetapi macam Mesir kita tidak ada atase buruh, maka pihak kedutaan yang bertanggungjawab menjaga mereka termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang bekerja di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri serta meraikan persaraan guru Majlis Guru Pendidikan Islam Pahang 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini, Jumaat.

Menyentuh mengenai pemilihan Umno 2013, Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, beliau akan mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Maran yang dipangkunya sejak setahun lalu.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut (Ketua Umno Bahagian Maran.) Tapi apa yang penting ingin saya ingatkan dalam parti pilihlah pemimpin yang boleh bekerja untuk parti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan