Kekalkan Prinsip Kekeluargaan Pada Pemilihan Umno - PM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno perlu meletakkan prinsip kekeluargaan sebagai asas yang kukuh pada pemilihan Umno di peringkat cawangan, bahagian dan majlis tertinggi.

Presiden Umno itu berkata menerusi asas itu, Umno akan terus mampu untuk menghadapi cabaran mendatang.

"Kita harus bersatu-padu sebagai satu keluarga, jangan ketepikan prinsip kekeluargaan...inilah asas kita, banyak lagi cabaran yang akan kita hadapi pada masa depan," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di sini, Sabtu.

Mesyuarat cawangan dilanjut kepada 15 September daripada 31 Ogos sebelum ini, manakala persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dianjak daripada 5 kepada 19 Oktober.

Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan amat berharap pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian akan berjalan lancar dan menjadi contoh.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di kawasan itu yang terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, Mei lepas.

Perdana Menteri juga berkata kesemua janji pada pilihan raya yang lepas sama ada di peringkat nasional atau kawasan akan dilunaskan dalam tempoh lima tahun ini.

"Bukan semua janji-janji dapat dilaksanakan dalam masa singkat sebab untuk melaksanakan semua janji itu melibatkan peruntukan yang besar, maka ia perlu dibuat secara berperingkat. "Mana yang mampu kita buat dalam masa terdekat dan diharap semua pihak akan melaksanakannnya dengan kadar segera," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan