Kadar Jenayah Di P.Pinang Meningkat 4.7 Peratus Sehingga Ogos

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kadar jenayah di Pulau Pinang dalam tempoh Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini meningkat sebanyak 281 kes atau 4.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan itu tidak melibatkan semua kategori jenayah selain jenayah samun tanpa senjata serta kecurian.

"Yang menunjukkan peningkatan ialah samun berkawan tanpa senjata api dan kecurian termasuk kecurian motor van.

"Pada pandangan saya, kadar kenaikan jenayah ini dapat kita bendung dengan kerjasama masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ulul Albab sempena sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang bersama Komuniti oleh Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah di sini, malam Jumaat.

Mengulas mengenai jenayah melibatkan senjata api di negeri ini, Abdul Rahim menyeru masyarakat agar memberi kepercayaan dan masa kepada polis menyelesaikan kes berkenaan.

"Saya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, beri kepercayaan kepada saya untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam kes-kes senjata api ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata kerajaan negeri bersetuju untuk menambah 34 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan seluruh negeri menjelang hujung tahun ini.

Katanya, setakat ini sebanyak 84 CCTV telah dipasang di seluruh Pulau Pinang meliputi 60 buah di dalam pulau dan 24 di tanah besar.

"Kita menyasarkan pada tahun 2015 sebanyak 224 buah CCTV dipasang di seluruh Pulau Pinang ... saya percaya dengan adanya CCTV ini, ia dapat membantu polis dalam usaha mencegah jenayah di negeri ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan