JPA Digesa Umum Kriteria Biasiswa Segera

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia, dijanjikan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian pra-ijazah, kini berada dalam kebingbungan selepas JPA menangguhkan pengumuman kriteria biasiswa mereka.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pada tahun lalu JPA berjanji pelajar yang mendapat keputusan 9A+ dalam SPM pada 2011 layak menerima biasiswa sekiranya mereka mendapat tempat di universiti terkemuka yang diiktiraf oleh JPA.

"Namun JPA tidak pernah mendedahkan senarai universiti dan jurusan yang akan mereka taja dan pelajar yang telah mendapat tempat oleh pihak universiti juga tidak pasti sama ada mahu menerima atau tidak tawaran tersebut," kata Wee kepada pemberita.

Beliau turut menggesa JPA mengumumkan senarai penuh universiti dan kursus yang diiktiraf oleh mereka secepat mungkin kepada pelajar yang baru sahaja tamat pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, A-levels, matrikulasi atau program Ijazah Sarjana Muda.

Dr Wee berkata JPA telah membayangkan bahawa mereka akan menaja pelajaran diperingkat pra-klinikal bagi pelajar yang memohon kursus perubatan, pergigian dan farmasi dan jika mereka mendapat tempat di 10 universiti terkemuka, mereka akan ditawarkan biasiswa sama seperti kursus lain.

"Namun apa yang berlaku sekarang ialah, daripada 10 universiti, pelajar tidak boleh memohon di enam universiti di Amerika Syarikat (AS) yang menetapkan kelayakan asas adalah ijazah," katanya.

Universiti berkenaan di AS ialah Howard University, John Hopkins University, Stanford University, Yale University and University of California dan Duke University.

Empat lagi universiti di Britain ialah Oxford University, Imperial College London, Cambridge University dan University College of London - hanya menawarkan kursus perbuatan dan pelajar tidak boleh memohon kursus pergigian, katanya.

Dr Wee berkata ada pelajar yang telah menerima tawaran kursus pergigian daripada universiti kedua terbaik namun, mereka berada dalam kebimbangan sama ada mereka akan mendapat tajaan atau tidak.

"Pilihan sangat terhad. Walaupun mereka mencatatkan keputusan cemerlang di peringkat A-Level, mereka tidak dapat menikmati tawaran biasiswa yang dijanjikan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan