Azlan Tawar Diri Tanding Ketua Umno Bahagian Kangar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Azlan Man mengesahkan akan bertanding kerusi Ketua Umno Bahagian Kangar.

Beliau berkata langkah itu bagi memenuhi hasrat anggota parti peringkat akar umbi bahagian itu.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata keputusan itu diharap dapat mengawal pemusatan kepimpinan Umno negeri Perlis di Bahagian Arau.

"Adalah wajar saya berpindah ke Kangar untuk mengurangkan pemusatan itu. Saya hanya berhijrah keanggotaan Umno ke Kangar tapi saya tetap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh yang terletak di bahagian Arau," katanya.

Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis adalah anggota Umno Bahagian Arau sebelum berpindah ke Bahagian Kangar baru-baru ini.

Katanya, dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perlis, sudah sewajarnya beliau menawarkan diri bertanding kerusi Ketua Umno bahagian itu yang bakal dikosongkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Mengenai slogan "Kangar untuk orang Kangar" pada sepanduk yang dipasang di beberapa lokasi di Kangar, beliau tidak pasti sama ada ia merujuk kepada hasratnya untuk bertanding Ketua Umno Bahagian Kangar.

Azlan berkata, jika sepanduk itu bertujuan politik, beliau melihat perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang sempit pemikiran politik mereka.

Mengenai beberapa calon yang turut berminat bertanding kerusi Ketua Umno Bahagian Kangar, Menteri Besar berkata beliau menghormati hasrat mereka.

Antara yang menyatakan hasrat bertanding kerusi itu ialah anggota Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail dan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan