Tiada Masalah Bagi Nombor Pendaftaran Kenderaan KL Bermula, Akhir Dengan Abjad - JPJ

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur sepatutnya tidak mempunyai masalah mematuhi syarat baru pada nombor siri plat kenderaan yang bermula dan berakhir dengan abjad, kata Pegaawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Noraini Mohd Nawi.

Sebaik sahaja nombor siri lama berakhir bulan depan, siri baru akan bermula dengan W1A.

Peningkatan jualan kereta di bandar raya ini menimbulkan kebimbangan bagaiamana siri baru akan dipamerkan terutamanya apabila ia mencapai angka yang lebih besar seperti WAA9999A.

Noraibi berkata JPJ menggunapakai undang-undang sedia ada bagi nombor pendaftaran kenderaan di KL sama seperti yang digunakan pada nombor pendaftaran kenderaan di Sabah dan Sarawak.

"Sepatutnya tidak timbul masalah kerana siri yang sama turut digunakan bagi mereka yang berada di Sabah, dengan abjad dihadapan dan nombor dibelakang. Kaedah yang saya turut digunapakai," katanya sambil menambah nombor pendaftaran yang lebih besar seperti WAA9999A memerlukan tempoh 20 tahun untuk dicapai.

Pada ketika ini nombor pendaftaran bagi kenderaan di Sabah dan Sarawak masing-masing ialah SAB7483P dan QAA4351G setakat pukul 5.30 petang Khamis.

Noraini berkata tiada sebarang masalah di Sabah dan Sarawak setakat ini dan JPJ juga tidak mempunyai masalah dengan saiz nombor pendaftaran kenderaan untuk memuatkan semua huruf dan aksara berkenaan.

Ketika ini, JPJ menetapkan plat yang digunakan mesti menggunapakai fon 'Ariel Bold', dengan ukuran yang khusus bagi penghurufan depan dan nombor di penghujung nombor pendaftaran.

Peraturan tersebut termakuk spesifikasi normal dengan penggunaaan fon yang boleh dilihat hingga jarak 18 meter di siang hari dan 15 meter pada waktu malam.

Nombor plat berkenaan perlu dipamerkan secara tegak di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

Plat tersebut juga perlu menggunakan abjad dan nombor yang berwarna hitam dan putih.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan