Saya Tidak Mahu Bertanding Jawatan Umno Pusat - Syed Ali

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pada Jumaat mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan ketua bahagian yang disandangnya sejak 2004 hingga kini pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata walaupun tiada jawatan di peringkat pusat, ia bukanlah penghalang untuk beliau terus mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti dan rakyat.

"Saya lihat ramai yang tawar diri bertanding dan biarlah mereka bertanding. Saya masih boleh berkhidmat walaupun tak bertanding dan tanpa jawatan. Saya tidak ada masalah dan saya selesa begini dan tanpa jawatan pun saya masih lagi boleh memberi khidmat dan pandangan serta teguran kepada parti.

"Saya menerima banyak SMS dan panggilan (telefon) yang meminta saya bertanding di peringkat pusat tetapi saya tidak mahu," katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan juga mengingatkan mana-mana individu yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini supaya tidak menganggap ia sebagai gelanggang menguji populariti atau sekadar untuk berseronok.

"Kita nak bertanding tujuannya ialah untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Ini bukan pesta...cermin diri dahulu dan kalau rasa layak baru bertanding. Layak dari segi adakah kita ini mampu menyumbang ke arah memperkukuhkan parti dan kepentingan parti.

"Saya akan mainkan peranan saya sebagai seorang anggota parti. Berapa ramai anggota Umno yang berani tampil mempertahankan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika mereka diserang pembangkang? Kalau ini pun tidak mampu dilakukan, elok lupakan sahaja hasrat itu," katanya.

Seramai 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan