Proton Lancar Model Terbaru Preve 'Suprima' Sabtu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat kereta nasional, Proton akan melancarkan model terbaru produk keluaran mereka Sabtu ini, model tersebut diramalkan versi 'hatchback' sedan Preve.

Menurut beberapa laman web kenderaan bermotor, model terbaru itu akan dikenali sebagai 'Suprima'.

Penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan model terbaru tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai model terbaru ini, kereta berkenaan didatangkan dengan binaan dalaman yang lengkap.

Jemputan perasmian juga menunjukkan sebuah model kereta sedan lima pintu yang dikatakan mirip reka bentuk asal kereta tersebut.

Model sedan Preve dilancarkan April tahun lepas dan didatangkan dengan tiga pilihan warna.

Ia boleh ditempah dengan model 1.6 liter turbo atau enjin bukan turbo, dan transisi manual atau automatik.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan