PM Harap Rakyat Malaysia Di Mesir Sentiasa Jaga Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan sentiasa menjaga keselamatan diri dan tidak terlibat dalam konflik di negara berkenaan.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur kerana sehingga ini rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat walaupun beratus rakyat Mesir terbunuh dalam pergolakan terbaru di negara berkenaan.

"Saya bersyukur kerana rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat. Sentiasa hubungi pihak kedutaan kita di Kaherah bagi mengikuti perkembangan semasa," katanya melalui laman sosial Facebook beliau pada Jumaat.

Negara itu dilanda konflik berdarah apabila tercetus pentempuran antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi, menyebabkan ratusan yang terkorban dan ribuan lain cedera.

Menerusi mesej tweet pula, Najib berkata beliau akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah pada petang ini yang akan mempermudahkan urusan khidmat kerajaan bagi rakyat.

Perdana Menteri hari ini berada di Kedah bagi lawatan sehari beliau ke negeri itu.

Mengulas laporan media mengenai sasaran pencapaian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjelang 2015, Najib dalam tweet sebelum itu berkata kerajaan mahu melihat PKS menyumbang 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membuka jalan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Ketika ini, PKS menyumbang 33 peratus kepada KDNK.

Laporan itu memetik Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata PKS perlu menyumbang lebih kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi mencapai sasaran sebagai negara berpendapatan tinggi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan