PKR Akan Kemuka Petisyen Gesa Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Ketepatan Meter Baharu TNB

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menggesa agar sebuah badan bebas ditubuhkan untuk memeriksa ketepatan bacaan meter digital Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baharu.

Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng berkata sebagai inisiatif, sebuah laman web dilancarkan bagi meraih sokongan orang ramai untuk mencapai matlamat tersebut.

"Laman web ini berfungsi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap inisiatif kami untuk mendapatkan sebuah badan bebas bagi memeriksa ketepatan meter digital yang baharu.

"Kami percaya terdapat sokongan orang ramai untuk inisiatif ini dan laman web ini akan menjadi pentas petisyen 'online'," katanya pada sidang media 'Check Your TNB Meter' di ibu pejabat PKR, di sini, Jumaat.

Chua yang merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa khas PKR mengenai bil elektrik tinggi berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul sebelum ia dibawa kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ahli jawatankuasa lain terdiri daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Tambah Chua, petisyen itu akan berfungsi sebagai tekanan kepada TNB dan ST supaya bersetuju mewujudkan sebuah badan bebas seperti yang dicadangkan.

"Kami mahu kebenaran didedahkan. Adakah bacaan meter digital yang baharu itu tepat atau rosak.

"Jika meter rosak, pengguna boleh menuntut bayaran balik daripada TNB.

"Jika meter adalah tepat, pengguna boleh belajar menguruskan penggunaan tenaga mereka dengan lebih cekap," katanya.

Mengulas lanjut Chua berkata jawatankuasa ini berperanan untuk mencari penyelesaian secara dasar dan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuklah orang ramai, TNB dan ST.

"Kita juga ingin tahu sama ada pengiraan meter dibuat mengikut standard dan undang-undang antarabangsa," katanya.

Katanya, orang ramai yang menyokong inisiatif ini boleh melayari laman web www.checkyourtnbmeter.com dan memasukkan nama serta alamat emel mereka.

PKR sebelum ini telah membuat gesaan yang sama kepada TNB bagi menyiasat dakwaan pengguna bahawa penggantian meter analog dengan meter elektronik meningkatkan bil elektrik mereka antara 20 hingga 50 peratus.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan