Penghantaran Pelajar Baru Ke Mesir Ditangguhkan -Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua penghantaran pelajar baharu ke Mesir untuk sesi pengajian 2013/2014 yang sepatutnya bermula bulan depan ditangguhkan berikutan keganasan yang tercetus di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir agar kemasukan pelajar Malaysia dapat ditangguhkan untuk satu semester.

"Pelajar yang sedang bercuti di Malaysia juga diminta menangguhkan kepulangan ke Mesir termasuk pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pihaknya sedang berunding dengan semua universiti di Mesir untuk menangguhkan peperiksaan ulangan bagi tempoh yang munasabah dan jika keadaan di Mesir terus bergolak kementerian sedang berusaha agar peperiksaan itu dapat diadakan di Malaysia.

Sekiranya krisis berlarutan dan suasana tidak menentu sehingga memaksa evakuasi dilaksanakan, pihak kementerian akan berunding dengan KPT Mesir agar pengajian semua pelajar Malaysia ditangguhkan satu semester, katanya.

"Jika keadaan di Mesir tidak pulih dan tidak selamat bagi pelalar Malaysia meneruskan pengajian di sana, pihak kementerian akan membantu pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain yang selamat dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam negara," katanya.

Beliau berkata untuk tujuan penyelarasan mengenai pengajian pelajar pihak penaja diminta merujuk kepada KPM yang merupakan agensi bertanggungjawab menyelaras pengurusan pelajar di Mesir.

Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan keselamatan lebih 3,200 pelajar Malaysia di negara itu terjamin.

"Kita berdoa agar keadaan di Mesir segera pulih dan semua pelajar Malaysia yang terjejas dapat meneruskan pengajian mereka di sana dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt telah memindahkan pelajar-pelajar di kawasan panas ke kawasan yang lebih selamat dan mereka dinasihatkan supaya berada di dalam rumah masing-masing, tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan selain mematuhi arahan.

Katanya untuk memastikan penyaluran maklumat yang tepat mengenai kedudukan pelajar Malaysia di Mesir, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan hanya merujuk kepada KPM dan bukan mana-mana agensi penempatan pelajar.

Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel: egypterisis www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan