Pencerobohan Lahad Datu Jadi Iktibar Pentingnya Perpaduan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Peristiwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu harus menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya perpaduan, semangat patriotik dan kedaulatan negara agar tidak terpedaya dengan dakyah negatif serta anasir luar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyeru rakyat negara ini membuktikan semangat sayangkan negara serta menjunjung tinggi kedaulatan negara dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Perayaan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 Tahun 2013 itu berkata pemilihan tema kali ini iaitu 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku' juga dipengaruhi peristiwa pencerobohan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam kata-kata aluan buku cenderahati Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 peringkat kebangsaan 2013 di Dataran Zero, Jam Besar di sini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berlangsung meriah dan bermula dengan persembahan Batalion ke-6 Askar Melayu Diraja serta simulasi pertempuran.

Kemuncak persembahan pembukaan ialah kejayaan penyerahan skrol Jalur Gemilang kepada Perdana Menteri, diiringi percikan bunga api.

Kira-kira 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Zero, Jam Besar bagi menyaksikan majlis yang julung-julung kali diadakan di Kedah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan barisan kepimpinan kerajaan Persekutuan serta negeri.

Majlis pelancaran Jalur Gemilang diadakan setiap tahun sempena Kemerdekaan Malaysia bagi menyemarakkan sambutan serta memupuk semangat cintakan tanah air selain menghargai keamanan dan kemakmuran negara.

Turut diadakan pelepasan konvoi Kembara Merdeka ke-56 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan melekat Jalur Gemilang di lima kenderaan mewakili pasukan kembara yang bergerak ke seluruh negeri bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Majlis pelancaran diakhiri dengan persembahan hiburan oleh artis tempatan iaitu Zainal Abidin, Amy Search, Black Mentor, Mila Akademi Fantasia (AF), Kumpulan Kristal dan Ramli Sarip. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan