Op Selamat Tidak Beri Kesan Memberangsangkan - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Polis Diraja Malaysia merancang mewujudkan semula Ops Warta berikutan kegagalan pendekatan berhemah atau advokasi bagi mendidik pengguna jalan raya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Ops Selamat yang dilancar sepanjang perayaan Aidilfitri, bermula 1 Ogos lepas dan berakhir semalam, tidak memberi kesan memberangsangkan.

"Sepanjang tempoh itu, kes kematian yang melibatkan penguna jalan raya dilaporkan semakin meningkat, malah jumlah kemalangan yang menurunpun tidak begitu membanggakan. Kita perlu membuat sesuatu dengan lebih agresif, bukan hanya setakat memantau tetapi penguatkuasaan yang menyeluruh perlu segera dilakukan.

"Saya berpandangan bahawa untuk mengubah sikap pemandu kita ini agar lebih berhati-hati adalah dengan saman," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan panel hakim penilai Anugerah Desa Sejahtera di Kampung Gebok, Mantin pada Jumaat.

Khalid berkata walaupun pihaknya ada mengeluarkan saman pada Ops Selamat, namun ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata sehubungan itu, antara pendekatan pertama yang akan diambil selepas ini ialah mencari pesalah trafik yang tidak membayar saman melalui Ops Warta dan tidak lagi menunggu sehingga musim perayaan untuk bertindak.

"Hanya pendekatan tegas sahaja yang boleh menyedarkan pengguna jalan raya untuk berubah.

"Punca utama kemalangan ialah akibat sikap mereka sendiri dan bukan faktor lain seperti kejuruteraan jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata keputusan akhir pelaksanaan Ops Warta hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh Ops Selamat dalam tempoh satu atau dua hari lagi, selain perbincangan dengan pegawai lain di Bukit Aman.

Ops Warta dilancar di seluruh negara pada 2000 bagi menangkap lebih 260,000 pemilik kenderaan yang dikeluarkan waran tangkap, namun masih belum menjelaskan saman masing-masing. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan