MB Johor Saran Kajian Dibuat Supaya Rukun Negara Lebih Akomodatif, Interaktif

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata satu kajian perlu diadakan supaya Rukun Negara lebih bersifat akomodatif dan interaktif untuk diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat di negara ini.

Mohamed Khaled berkata penghayatan terhadap lima prinsip Rukun Negara amat diperlukan supaya semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini dapat diperkukuh. "Rakyat perlu memahami lima prinsip Rukun Negara kerana ia merupakan salah satu faktor untuk mempertahankan pemuafakatan dan keharmonian.

"Kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan merupakan dua prinsip utama yang menjadi pemangkin semangat patriotisme dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita," katanya berucap pada majlis pelancaran bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang ke-56 peringkat negeri Johor, di sini Jumaat.

Beliau berkata pendidikan sejarah juga memerlukan tafsiran baharu supaya pemahaman yang mapan dapat dibentuk dalam usaha memperkukuhkan permuafakatan antara kaum.

Mohamed Khaled berkata pendidikan sejarah tidak boleh dianggap sebagai mata pelajaran semata-mata sebaliknya merupakan pandu arah untuk rakyat di negara ini dalam mengharungi kehidupan akan datang.

Beliau berkata ramai di kalangan rakyat terutama generasi muda bukan sahaja buta terhadap sejarah negara malah memandang mudah keupayaan sejarah itu sendiri. Hal itu katanya berkemungkinan disebabkan pendidikan sejarah tidak lagi bermaya untuk meniupkan semangat patriotisme dan hanya menjadi mata pelajaran yang wajib lulus di sekolah.

Mohamed Khaled dalam pada itu turut menggesa rakyat supaya menghayati erti kemerdekaan negara dengan bukan hanya dilihat sebagai ritual atau pengisian majlis.

Beliau berkata laungan merdeka semata-mata tidak memadai kerana penghayatan dan pemahaman erti kemerdekaan itu perlu menjadi nadi dalam hati rakyat Malaysia setiap masa.

"Kebelakangan ini, kita sedih kerana terdapat sesetengah pihak yang tidak memahami nilai kesepakatan bersama malah turut mempersoalkan kedaulatan dan perlembagaan negara.

"Persoalannya, mampukah kita sebagai rakyat Malaysia duduk semeja dan tiba kepada konsensus yang sama dalam hal negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan