Kejadian Tembak Mungkin Jejas Pelancongan - Nazri

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kejadian tembak yang banyak berlaku sekarang mungkin menjejaskan sektor pelancongan negara, namun itu bukan alasan untuk memperkenalkan semula Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya terdapat banyak lagi langkah lain yang boleh diambil bagi menangani jenayah tembak termasuk meletakkan lebih ramai anggota polis di jalanan, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau sebelum itu melancarkan Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama di i-City, di sini.

Mengenai ketibaan pelancong, Mohamed Nazri berkata bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Malaysia merekodkan 12.55 juta ketibaan berbanding 11.6 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Untuk tahun ini, kementerian menyasarkan 26.8 juta ketibaan dengan perolehan RM65 bilion, katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata pihaknya akan membantu mempromosikan Red Carpet untuk menarik pelancong asing dan juga tempatan.

Muzium ini mempunyai tarikan tersendiri termasuk ikon Malaysia seperti Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, aktres Tan Sri Michelle Yeoh dan pereka kasut terkenal dunia Datuk Dr Jimmy Choo, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan