Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Didera Dengan Kejam Kini di ICU

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kanak-kanak malang yang didera itu kini berada di bawah pemerhatian doktor di Unit Rawatan Rapi.
Kanak-kanak malang yang didera itu kini berada di bawah pemerhatian doktor di Unit Rawatan Rapi.

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.

"Dia kini di rawat di ICU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan," katanya.

Sum berkata ekoran laporan yang dibuat, polis kini menahan ibu bapa mangsa di rumah mereka pada pukul 1.30 petang.

Kanak-kanak malang itu di bawa ke hospital oleh ayahnya yang berusia 39 tahun.

Difahamkan mangsa dipukul oleh ibunya yang berusia 30 tahun kerana sangat nakal.

Polis kini menyiasat kes berkenaan atas kesalahan mendera kanak-kanak.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan