Jalan Raya Pan Bornei Siap 93 Peratus - Rosnah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandaraya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

"Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk 'missing link' sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya Mohd Azlan Mon Jamaluddin dan Ketua Penolong Pengarah Jalan Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.

Rosnah berkata, bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM89 juta untuk melaksanakan program membaik pulih Jalan Raya Pan Borneo iaitu RM41.8 juta bagi negeri Sabah dan RM47.2 juta bagi negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. "Sebanyak 109 projek telah dikenal pasti iaitu 86 projek di negeri Sabah dan 23 projek di negeri Sarawak yang melibatkan skop membaik pulih jalan, membina lorong-lorong memotong, rawatan kawasan kemalangan dan menaikkan aras jalan yang sering di landa banjir," katanya.

"Sehingga kini sebanyak 74 projek atau 67.8 peratus telah dan sedang disiapkan manakala bakinya 35 projek atau 32.2 peratus sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka akan siap menjelang tahun 2015 dengan kos RM277.5 juta," katanya.

Rosnah berkata projek jalan raya itu telah dimulakan pada tahun 1963 iaitu sebaik sahaja Persekutuan Malaysia dibentuk dan pada peringkat awalnya sebahagian besar jalan raya itu terdiri daripada tanah dan batu kerikil.

"Kerja-kerja menaik taraf dan menurap keseluruhan jalan raya ini telah dimulakan pada tahun 1968 menerusi Rancangan Colombo dan pada 1973, barulah kerja turapan menggunakan kaedah 'flush sealing' dibuat dan disiapkan akhir tempoh RMKe-8," katanya.

Katanya, melalui Pelan Induk Highway Network Development Plan Phase 2 (HNDP 2) untuk Sabah dan Sarawak, kementerian merancang untuk menaik taraf keseluruhan jalan raya ini ke tahap jalan berkembar, empat lorong secara berperingkat mulai tahun 2011 dengan anggaran kos RM22 bilion, iaitu RM12.5 bilion di Sarawak dan RM9.5 bilion di Sabah.

"Memandangkan kos untuk menaik taraf jalan raya Pan Borneo ini ke tahap dual carriageway sangat tinggi, maka kerajaan mencadangkan supaya kerja-kerja naik taraf ini dibuat secara berfasa antara 10 hingga 15 tahun mengikut senarai keutamaan jajaran yang telah dikenal pasti," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan untuk membina laluan bagi kenderaan berat seperti lori yang mengangkut kelapa sawit, kayu balak dan arang batu di Sarawak, beliau berkata pihaknya akan mengkaji perkara tersebut.

"Selain itu, bagi setiap lima kilometer akan diwujudkan lorong untuk memotong di kawasan yang kurang mengalami kesesakan lalu lintas dan pertambahan lorong dari satu lorong ke dua lorong dan enam lorong adalah untuk kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan