IIM Mahu Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga Dikuatkuasakan Secara Tegas

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) menyeru pihak berkaitan mengambil tindakan tegas menguatkuasakan undang-undang keganasan rumah tangga bagi membendung jenayah berkenaan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Presidennya, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata telah tiba masanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), institusi kehakiman termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) bergabung tenaga dalam usaha mengekang jenayah tersebut agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

"IIM memohon supaya NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Telenita, Pusat Krisis Wanita, Pusat Khidmat Wanita, All Women Action Society (AWAM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Biro Bantuan Guaman dapat membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan khususnya bantuan khidmat nasihat dan keselamatan perlindungan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mohd Tap berkata bagi pihak IIM sendiri, melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nsional (PIN) telah menggariskan beberapa strategi dalam usaha memantapkan institusi keluarga bagi menangani keganasan rumah tangga.

Katanya ia terkandung dalam 'tekad integriti' sasaran keempat iaitu 'Memantapkan Institusi Keluarga dan Komuniti' melalui sinergi dan inisiatif pelbagai sektor dalam masyarakat dan negara.

"Beberapa sasaran telah digariskan sebagai petunjuk yang mencerminkan daya tahan institusi keluarga dan ia boleh diukur dengan meneliti perkara-perkara berikut iaitu, "Pengurangan kadar penceraian, pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak, pengurangan kadar keganasan rumah tangga, pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak, peningkatan bantuan keluarga beribu atau berbapa tunggal dan pengurangan kes pengabaian warga tua," katanya.

Beliau juga mendedahkan hasil kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan sejak 2007 menunjukkan isu dan masalah dalam institusi keluarga tidak menunjukkan penambahbaikan yang membanggakan.

Katanya berdasarkan senario kini, kebanyakan ibu bapa bekerja tidak mempunyai masa berkualiti untuk bersama anak-anak.

"Berdasarkan salah satu sub indeks dalam IPIN iaitu Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti bagi tahun lalu mengalami sedikit penurunan iaitu pada tahap 7.2 (dengan 10 sebagai skor terbaik) berbanding kepada 7.3 pada tahun 2011, "Ini menunjukkan tahap kemantapan dan keharmonian institusi keluarga pada masa ini, tidak begitu memberansangkan," katanya.

Sehubungan itu katanya pihak berwajib seharusnya memberi perhatian serius terhadap isu berkaitan dengan institusi kekeluargaan bagi memastikan tahap kepincangan dalam institusi keluarga dapat dikurangkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan