Demo Aman Gesa Surau Resort Dirobohkan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Penduduk kampung bersama 10 pertubuhan bukan kerajaan berhimpun secara aman di luar masjid Kampung Bukit di sini bagi menyatakan sokongan mereka agar surau resort yang digunakan dalam upcara sembahyang masyarakat Buddha di situ dirobohkan.

Kumpulan berkenaan mula berkumpul selepas solat Jumaat dan bersurai kira-kira 15 minit kemudian.

Mereka turut membawa sepanduk yang tertera tulisan seperti: "Orang luar harus tinggalkan Johor dan Malaysia" sambil melaungkan perkataan 'roboh, roboh'

Pemilik resort berkenaan, yang juga seorang warga Singapura dengan memiliki taraf penduduk tetap Malaysia, telah ditahan reman selama empat hari sejak Isnin.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk menemubual suspek sebaik sahaja dibebaskan daripada balai polis daerah Kota Tinggi gagal apabila kelibatnya tidak kelihatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan