Tiga Pemimpin Sabah Mungkin Tanding Jawatan Naib Ketua Wanita Umno

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin wanita dari Sabah bercadang untuk bertanding jawatan nombor dua dalam sayap Wanita Umno.

Terbaru, pemimpin yang dikatakan akan menyertai saingan untuk merebut jawatan tersebut ialah Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Pada mulanya saya mahu bertanding jawatan exco namun saya menerima cadangan dan nasihat daripada ahli Puteri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita," Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Bagaimanapun, Rosnah berkata beliau masih menunggu maklum balas daripada ahlinya dan akan menimbangkan dengan lebih mendalam apakah jawatan yang akan beliau tandingi.

"Saya perlu fikir apakah jawatan terbaik untuk saya tandingi dan platform manakah yang dapat saya gunakan untuk membantu wanita," kata Ahli Parlimen Papar itu.

Dua lagi wakil dari Sabah yang dikatakan berminat ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun dan Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort yakin beliau dapat membantu memperkuatkan Umno melalui sayap Wanita dan beliau akan membuat keputusan selepas berunding dengan pemimpin parti.

Sementara itu, Armani yang juga adik bongsu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pula dikatakan terpaksa menolak untuk bertanding jawatan tersebut kerana kesetian beliau kepada penyandang jawatan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Armani dilaporkan telah berkempen dikalangan bahagian Wanita Umno di Sabah agar menyokong Shahrizat ketika beliau sedang berhadapan dengan isu kontroversi melibatkan anak dan suaminya.

Exco Kedah, Datuk Suraya Yaakob, yang juga Adun Sungai Tiang turut mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor dua berkenaan.

Shahrizat dijangka dicabar oleh bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan